Tuesday, 19 August 2014

peranan tauhid Rububiyyah 

a)merasai diri manusia sebagai makhluk yang hina dan kerdil.

b)seseorang akan berasa insaf dengan kelemahan diri masing-masing.

c)manusia akan dapat meyakini bahawa Allal SWT  dengan meyakini bahawa Allah SWT  Maha Mengetahui segala perkara .



Konsep Rububiyyah 

tauhid rububiyyah terbahagi kepada 3 ,iaitu :

a)Allah SWT adalah Pencipta,Pemilik ,dan Pentadbir  seluruh alam 

b)Allah  SWT Maha Berkuasa memberikan sesuatu mengikut kehendak-Nya 

c)kekuasaan Allah SWT meliputi semua yang ada di langit dan di bumi


+































































Dalil Nakil

  Dalil yang menunjukkan Allah SWT  adalah tuhan semesta alam ialah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:ayat 164 

maksudnya :sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada)pertukaran malam dan siang ;dan (pada)kapal-kapal yang belayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia ;demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan daripada langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya ;serta ia biakkan padanya dari berbagai -bagai jenis bintang;demikian juga (pada)peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah )terapung-apung di antara langit dengan bumi ;sesungguhnya (pada semua itu )ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah ,kebijaksanaan -Nya , dan keluasan rahmatNya )bagi kaum yang (mahu)menggunakan akal fikiran